IPOH - Seorang lelaki ditemui mati dengan kesan luka akibat tembakan dalam mulut di sebuah bilik hotel empat bintang di Jalan Sultan Abdul Jalil, di sini, petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang tadi, mangsa yang berusia 69 tahun ditemui dalam keadaan terduduk di atas kerusi dengan sepucuk pistol automatik di bahagian pahanya.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, mangsa yang beralamat di Taman Intan, Pasir Puteh, di sini, mendaftar masuk ke hotel tersebut pada semalam.
"Mangsa sepatutnya mendaftar keluar dari hotel berkenaan pada jam 12 tengah hari tadi namun tidak berbuat demikian.
"Kakitangan hotel yang melakukan pemeriksaan di bilik di tingkat sembilan hotel itu menemui mayat mangsa dalam keadaan berdarah di bahagian mulut," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini sebentar tadi.
Chang Keong berkata, mangsa dipercayai mati dalam tempoh kurang dari 24 jam dan kali terakhir dia dilihat pekerja hotel ialah pada pukul 2 petang semalam.
"Kita telah ke rumah mangsa dan mendapati tiada sesiapa di kediaman terbabit.
"Hanya ada sebuah kereta dan sebuah motosikal sahaja di rumah terbabit malah mangsa ke hotel ini dengan menaiki sebuah teksi, " katanya.
Beliau berkata, tiada sebarang kesan kecederaan lain ditemui pada tubuh badan mangsa.
"Setakat ini kita belum memastikan sama ada mangsa dibunuh atau bunuh diri.
"Kita perlu melakukan bedah siasat pada esok dahulu bagi mengetahui punca sebenar kejadian," katanya.
Sumber: KOSMO!
Wednesday, December 24, 2014
Saturday, December 20, 2014
Bayi dihurung semut selepas dibuang ibu
KEADAAN bayi perempuan yang baru dua jam dilahirkan yang dibuang ibunya sendiri di dalam sebuah tong sampah di sebuah sekolah di bandar Bhopal, India baru-baru ini.
BHOPAL, India – Seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan dijumpai dihurung semut selepas dibuang ibunya sendiri ke dalam sebuah tong sampah di sebuah sekolah di bandar ini baru-baru ini.
Bayi tersebut dijumpai oleh seorang pengawal keselamatan, Ahmed Khan, 32, yang hairan selepas mendengar bunyi bayi menangis di dalam sebuah tong sampah.
“Pada mulanya saya beranggapan tangisan itu adalah suara budak yang sedang bermain tetapi selepas beberapa minit saya dapati ia datang dari sebuah tong sampah.
“Apabila melihat ke dalam tong sampah berkenaan, saya terkejut mendapati ada bayi yang masih bertali pusat dan badannya penuh dengan bintik merah akibat digigit semut,” katanya.
Seorang jurucakap polis berkata, bayi malang itu dibuang kira-kira dua jam selepas dilahirkan dan polis juga sedang mengesan ibunya yang berjaya dirakam sebuah kemera keselamatan di sekolah itu.
“Bayi berkenaan telah ditempatkan di sebuah hospital di bandar ini dan keadannya dilaporkan kritikal,” jelasnya. – Agensi

Wednesday, December 3, 2014
Friday, November 28, 2014
[SERAM] Apa yang melintas kat belakang couple ni??
AWAS! Jangan tengok Video ini kalau anda lemah semangat. Dalam masa 5 minit anda akan nampak apa yang melintas di belakang couple ini.
Sunday, November 23, 2014
Mayat kanak-kanak lelaki dipercayai dibunuh ditemui di Beaufort
BEAUFORT - Mayat seorang kanak-kanak lelaki berumur tiga tahun yang dilaporkan hilang pada Jumaat lalu, dijumpai berhampiran Sekolah Menengah St. John dekat sini hari ini.
Mohd. Shariqal Sidek dipercayai dibunuh.
Mayatnya dijumpai kira-kira pukul 2.15 petang, tujuh kilometer dari kawasan kebun getah di Kampung Selagon iaitu lokasi terakhir kanak-kanak itu dilihat sebelum dia dilaporkan hilang.
Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Mustaffa Maarof Mustaffa berkata, mayat Mohd. Shariqal berjaya dijumpai hasil soal siasat ke atas seorang suspek.
"Suspek seorang lelaki tempatan berumur 30 tahun ditahan kira-kira pukul 11 pagi tadi hasil daripada maklumat orang awam yang melihat suspek membawa mangsa dalam sebuah kenderaan," katanya kepada Bernama.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Beaufort untuk bedah siasat manakala motif kejadian masih disiasat.
Suspek ditahan untuk siasatan lanjut.
Sumber - Bernama

Friday, October 31, 2014
Wednesday, October 29, 2014
Lelaki potong kemaluan selepas dihina
KOCANI, Macedonia – Seorang lelaki yang kecewa selepas cintanya ditolak oleh teman wanitanya bertindak memotong zakarnya sehingga putus, lapor Metro Online kelmarin.
Lelaki itu, Oliver Ilic, 22, didakwa telah dihina oleh teman wanitanya dengan mengatakan bahawa dia tidak begitu hebat ketika mengadakan hubungan seks.
“Saya telah dihina oleh teman wanita saya,” katanya kepada doktor.
Selepas memotong zakarnya, Ilic telah menghubungi pasukan kecemasan apabila dia gagal menghentikan pendarahan yang berlaku sebelum dikejarkan ke Hospital Kocani di timur Macedonia.
Anggota polis yang tiba di rumahnya kemudian telah menemui zakar yang telah dipotong itu di dalam tong sampah bersama sebilah pisau cukur yang digunakan untuk memotong alat sulitnya.
Doktor di hospital Kocani memberitahu, mereka tidak dapat menyambung semula zakar itu menyebabkan dia dipindahkan ke sebuah hospital lain di ibu kota Skopje dan akhirnya usaha menyambung semula zakar tersebut berjaya selepas satu operasi pembedahan selama lima jam.
Baru-baru ini, seorang lelaki berusia 40 tahun juga dari Macedonia telah memotong zakarnya sehingga putus sebelum membuangnya ke dalam mangkuk tandas. – Agensi
Sumber : Kosmo Online!
Sunday, October 19, 2014
Thursday, October 9, 2014
Wednesday, October 8, 2014
Tuesday, October 7, 2014
Saturday, October 4, 2014
Cabaran bagaimana wanita paling berat di dunia nak kurangkan berat badan sebelum hari perkhawinan.
Klik untuk tonton bagaimana usaha wanita yang paling berat di dunia ini untuk menurunkan berat badan sebelum hari perkhawinannya.
Friday, October 3, 2014
Friday, September 26, 2014
Karate Master. Memang LAWAK
Sebuah video menarik yang diambil dari sebuah program TV popular Jepun - "Masquerade"
Subscribe to:
Posts (Atom)