Monday, October 17, 2016

Dukun dakwa ambil wang dari bank dijaga jin



Pekanbaru: Polis di sini menahan seorang dukun, Ki Purbo Lalang Jati, atas tuduhan menipu orang ramai selepas dia mendakwa dapat menggandakan wang mangsa dengan mengambil wang di ‘bank ghaib yang dijaga jin.’

Ketua Polis Pekanbaru, Toni Hermawan berkata, dalam modus operandinya, lelaki berusia 35 tahun itu akan meminta sejumlah wang daripada mangsa, kononnya untuk dijadikan umpan, sebelum dia boleh mengambil wang dari bank ghaib itu.

“Dia akan melakukan pelbagai ritual pelik untuk mengelabui mangsa. Mangsa pula akan dikehendaki menyediakan wang berkenaan beberapa kali. Tetapi wang yang dikatanya akan diambil dari bank ghaib itu tidak ada,” kata Toni.


Menurutnya, pihaknya menangkap Ki Purbo selepas menerima aduan daripada 10 mangsa, termasuk seorang penuntut yang berkata, dia ditipu sebanyak Rp63 juta (RM20,000).

Selain itu, menurut Toni, lelaki itu juga dikatakan menjual ‘toyol’ dengan harga Rp5 juta (RM1,600) setiap satu. - Agensi

Thursday, March 31, 2016

'Gurauan kasar' ayah buat anak 'terbang'


HAJAT seorang anak untuk bergurau dengan ayahnya memakan diri apabila anak tersebut jatuh terlentang akibat dibaling bantal.

Gabriel Russ memuatnaik video insiden tersebut kelmarin di laman Youtube untuk tontonan umum.

Dalam video berkenaan, anak perempuan Gabriel dilihat mahu bermanja dengan ayahnya dengan memukulnya dengan bantal.

Anaknya kemudian melarikan diri.

Tanpa disangka, Gabriel mengutip bantal yang diguna anaknya dan membaling kearah anaknya dan tepat mengenai kepala.

Balingan tersebut menyebabkan kanak-kanak malang tersebut 'terbang' dan jatuh terlentang.

Gabriel yang menyedari kesilapannya bergegas bangun mendapatkan anaknya sambil ketawa.

Pelayar laman Youtube yang menonton video berkenaan mendakwa terhibur dengan telatah dua beranak tersebut.

Walaupun begitu, terdapat mereka yang menyifatkan gurauan Gabriel tersebut terlalu kasar dan boleh mendatangkan kecederaan.

Video yang bertajuk 'Toddler Sniper' berkenaan sudah menarik perhatian hampir 1 juta pelayar untuk tempoh kurang 48 jam.

Tonton videonya di bawah:




31 Mac - Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing akan meningkat sebanyak 10 sen berkuat kuasa tengah malam ini, kata sumber pengusaha minyak sebagaimana lapor portal Malaysiakini

Harga diesel pula naik sebanyak 20 sen dari RM1.35 seliter kepada RM1.55 seliter.

Peningkatan itu selaras dengan pemulihan harga minyak mentah dunia selepas ia mencecah paras terendah pada bulan Februari.


Harga minyak bermula 1 April 2016 :

RON 95 : RM 1.70 seliter
RON 97 : RM 2.05 seliter
Diesel : RM 1.55 seliter

Harga minyak pada Mac 2016 :

RON 95 : RM 1.60 seliter
RON 97 : RM 1.95 seliter
Diesel : RM1.35 seliter

Kes Murid Potong Lidah : Tiada Buli, Kes Dianggap Selesai - Polis



Shah Alam, 31 Mac: Tiada kejadian buli yang berlaku ke atas seorang murid di sebuah sekolah di Klang yang mendakwa dia dipaksa menggunting lidahnya sendiri pada minggu lalu.

Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat berkata, sebaliknya, murid itu cedera pada lidah ketika dia bermain gunting milik rakan sekelasnya.

Kata beliau lagi, tiada sebarang bukti yang diperoleh sepanjang siasatan yang dijalankan sejak 25 Mac lalu bagi mengukuhkan dakwaan murid terbabit yang mendakwa dia dipaksa sekumpulan pelajar menggunting lidahnya.

"Berdasarkan laporan yang dibuat guru sekolah itu turut mendapati, tiada sebarang keterangan sokongan yang boleh membabitkan pelajar lain dalam kes berkenaan.

"Kes dianggap selesai kerana murid itu bukan dibuli dan kecederaan yang dialami adalah kerana kecuaian diri sendiri," katanya sebagaimana lapor Harian Metro.

Abdul Samah berkata, tiada tindakan diambil selepas Timbalan Pendakwa Raya berpuas hati dengan laporan hasil siasatan.

Khamis lalu, seorang murid tahun dua mendakwa dia dipaksa menggunting hujung lidahnya sendiri oleh sekumpulan lima pelajar senior.

Sumber: Siakap Keli

Thursday, February 11, 2016

Bapa Kecewa Anak Jadi Mangsa Fitnah, Dituduh Dijangkiti Virus Zika



Seorang bapa meluahkan rasa marah dan kecewanya apabila anak kesayangan mereka yang menghidapi microcephaly & Cerebral Palsy (CP) telah menjadi mangsa fitnah media sosial apabila ada beberapa blog memuatnaik artikel anaknya itu terkena jangkita virus Zika.

Bapa berkenaan, Mohd Shahir Kamaruddin menyatakan dia hilang sabar apabila membaca tajuk beberapa blog yang menfitnah anaknya, Adam yang berbunyi "Virus Vika,'Kami Redha Dengan Ketentuan-Nya' sembil menunjukkan Shahir dan isteri sedang mendukung Adam dan "Nursyahidda, Dari Tanjung Malim Lahirkan Anak Virus Zika".



Menurut Shahir, anaknya yang dilahirkan pada 26 Ogos 2013 itu disahkan doktor menghidapi microcephaly & Cerebral Palsy (CP) dan bukannya virus Zika seperti yang dituduh blogger berkenaan.

"Virus Zika tidak memang tidak ada kena mengena langsung dengan Adam, harap pihak blogger-blogger yang menyatakan tajuk isteri saya melahirkan anak dari Zika padam semua kenyataan berkenaan."

"Sehingga kini pihak kementerian tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai virus ini(di Malaysia), jangan terus menyebar fitnah."

"Taju artikel berkenaan perlu diperbetulkan supaya orang tidak salah anggap, hentikan sebelum saya melaporkan kepada pihak berkuasa," tegas Shahir yang ternyata kecewa.

Sumber: Siakap Keli