Dua beranak putus hubungan dari dunia luar
Hanoi, Vietnam - Dua beranak ditemui oleh penduduk setempat hidup dengan ala kadar didalam hutan tebal di Quang Ngai, sebuah daerah di Vietnam Tengah. Ho Van Thanh dan bayi lelakinya, Ho Van Lang dikatakan lari meninggalkan kampung halamannya lebih 40 tahun yang lalu akibat Perang Vietnam dan Amerika Syarikat. Siri pengemboman pihak tentera Amerika Syarikat ke atas kampungnya pada tahun 1973 itu telah mengorbankan nyawa isterinya dan dua lagi anaknya yang lain. Takut dengan kejadian itu, Thanh melarikan diri bersama bayi lelakinya jauh kedalam hutan dan langsung terputus hubungan dengan dunia luar. Dia juga langsung tidak mengetahui yang perang sudah lama berakhir.
Kedua beranak ini ditemui oleh dua orang penduduk kampung yang masuk jauh kedalam hutan untuk mencari kayu api. Thanh kini berusia 82 tahun agak uzur dan anak lelakinya yang berumur 41 tahun hidup didalam hutan dengan memakan buah hutan, sayur, menanam jagung dan membuat pakaian yang dibuat dari kulit kayu serta tinggal di pondik yang dibina lebih lima meter di atas pokok.
Ketika ditemui, Thanh fasih berbahasa etnik minoriti Cor, manakala Van Lang hanya boleh memahami beberapa patah perkataan sahaja.
Thanh kini menjalani rawatan di sebuah hospital, manakala Van Lang kini dijaga oleh cucu Thanh, Ho Ven Bien. "Penemuan mereka berdua sangat mengemparkan, tiada siapa yang sangka mereka masih hidup dengan cara yang terasing dengan berbagai ancaman di dalam hutan tebal itu" kata Ven Bien lagi "Saya berharap mereka berdua dapat kembali hidup secara normal dalam masyarakat, itu yang kami mahu dan itu lah yang terbaik bagi keluarga kami."
GAMBAR menunjukkan Ho Van Lang, sejurus selepas dibawa keluar dari hutan.
Thanh kini sedang dirawat disebuah hospital.
Kedua beranak ketika sedang dipapah masyarakat setempat keluar dari hutan
Sumber: news.com.au
No comments:
Post a Comment