Minum air sangat baik untuk tubuh badan kita.
Tahukah anda bilakah masa yang paling sesuai untuk minum air?? Selain dari masa dahaga, adalah terbaik jika kita mengamalkan untuk minum air pada masa-masa tertentu. Mengikut kajian juga kita sebaiknya minum 8 gelas air sehari.
Badan memerlukan air yang banyak kerana air meliputi sebahagian dalam tubuh kita.
Kajian mengatakan waktu terbaik (selain daripada masa dahaga) untuk kita minum bagi keperluan tubuh adalah seperti berikut:
Fakta Kesihatan
- Minum dua gelas air masak selepas bangun tidur. Ianya membantu mengaktifkan fungsi dan kecergasan organ dalaman.
- Minum segelas air masak 30 minit sebelum makan. Ianya membantu proses penghadaman dan membuatkan perut lebih bersedia memberi ruang untuk kemasukan makanan.
- Minum segelas air masak sebelum mandi. Ianya membantu pengaliran darah dan mengurangkan tekanan darah.
- Minum segelas air masak sebelum tidur. Ianya dapat mengelakkan terkena strok dan serangan jantung ketika tidur.
- Bagi yang tidak suka minum air mineral, Mulakan minum daripada sekarang. Kurangkan minuman manis bagi mencegah penyakit.
No comments:
Post a Comment