KEADAAN bayi perempuan yang baru dua jam dilahirkan yang dibuang ibunya sendiri di dalam sebuah tong sampah di sebuah sekolah di bandar Bhopal, India baru-baru ini.
BHOPAL, India – Seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan dijumpai dihurung semut selepas dibuang ibunya sendiri ke dalam sebuah tong sampah di sebuah sekolah di bandar ini baru-baru ini.
Bayi tersebut dijumpai oleh seorang pengawal keselamatan, Ahmed Khan, 32, yang hairan selepas mendengar bunyi bayi menangis di dalam sebuah tong sampah.
“Pada mulanya saya beranggapan tangisan itu adalah suara budak yang sedang bermain tetapi selepas beberapa minit saya dapati ia datang dari sebuah tong sampah.
“Apabila melihat ke dalam tong sampah berkenaan, saya terkejut mendapati ada bayi yang masih bertali pusat dan badannya penuh dengan bintik merah akibat digigit semut,” katanya.
Seorang jurucakap polis berkata, bayi malang itu dibuang kira-kira dua jam selepas dilahirkan dan polis juga sedang mengesan ibunya yang berjaya dirakam sebuah kemera keselamatan di sekolah itu.
“Bayi berkenaan telah ditempatkan di sebuah hospital di bandar ini dan keadannya dilaporkan kritikal,” jelasnya. – Agensi
No comments:
Post a Comment