Monday, December 23, 2013

Permainan memanggil roh



JELANGKUNG sudah terkenal secara meluas di Indonesia kerana ia merupakan sebuah cerita turun temurun sehingga ada filem seram yang menjadikan permainan misteri itu sebagai tajuk utamanya.

Asal-usul istilah jelangkung dipercayai mempunyai kaitan dengan kepercayaan tradisional Tionghua yang sudah tidak diamalkan lagi.

Ritual itu dikatakan berikutan terdapatnya kekuatan dewa 'poyang' dan 'moyang' iaitu Cay Lan Gong dan Cay Lan Tse yang dipercayai sebagai dewa pelindung anak-anak.

Baca artikel penuh di sini : kosmo.com.my

Polis temui ganja guna label Obamacare

IMEJ menunjukkan bungkusan ganja yang dirampas dan mempunyai label Obamacare pada bungkusannya.

HATFIELD - Pasukan polis negeri Massachusetts menyatakan, pihaknya telah menahan sebuah kereta mengandungi 1,250 bungkusan ganja yang tertera perkataan Obamacare dan nama Kurt Cobain.

Baca artikel penuh di sini : kosmo.com.my

Kereta Lego berkuasa udara

DUA pereka kereta Lego Raul Oaida (kiri) dan Steve Sammartino tidak dapat menggambarkan kekaguman ciptaan mereka.

CANBERRA - Seorang usahawan muda Australia dan pakar teknologi dari Romania mencipta sebuah kereta daripada bongkah alat permainan Lego yang boleh bergerak seperti kenderaan sebenar.


Baca Artikel Penuh Di sini: Kosmo

Pawagam filem lucah di Pakistan


GAMBAR yang dirakam pada 19 Disember lalu menunjukkan penjaja dan pejalan kaki berhimpun di luar pawagam Shama di Peshawar.


PESHAWAR - Berpuluh-puluh lelaki akan memenuhi sebuah panggung di Pakistan untuk menonton filem lucah yang disajikan sebanyak tiga kali sehari.

Dikenali sebagai Shama, ramai tidak menyangka sebuah panggung wayang porno wujud di bandar ini, barat laut Pakistan.

Baca Artikel Penuh di sini: kosmo.com.my

Tuesday, December 3, 2013

Kambing jadi pemuas nafsu


Nairobi: Seekor kambing yang menjadi mangsa kes serangan seksual semalam hadir di mahkamah untuk berdepan penyerangnya seorang pemuda berusia 28 tahun.

Katana Kitsao Gona dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan menyetubuhi kambing berkenaan walaupun sudah beristeri.

Dalam keterangannya di depan hakim, Gona berkata isterinya adalah seorang wanita kurang upaya dan hanya bergantung kepada dirinya untuk mencari rezeki.

Justeru, katanya, dia berharap hakim dapat meringankan hukuman atas kesalahannya mendera kambing. Bagaimanapun majistret Muthoni Nzibe tidak mengendahkan rayuan Gona dan mengarahkan dia dipenjara 10 tahun selepas mengaku salah mengadakan hubungan seks dengan kambing. Kambing yang menjadi mangsa Gona dibawa ke mahkamah sebagai bahan bukti oleh pegawai pendakwa kes.

Menurut pegawai pendakwa Jimmy Kema, Gona melakukan kesalahan itu Isnin lalu.

Saksi yang juga jiran Gona berkata dia memasuki kawasan semak untuk membuang air kecil dan terkejut apabila melihat sehelai baju disangkut pada pokok.

Apabila dia menyiasat lebih lanjut, saksi terkejut apabila ternampak Gona berbogel dan mengadakan hubungan seks dengan kambing yang ditambat itu.

Dia memaklumkan pemilik kambing itu serta orang kampung sebelum Gona ditahan polis.

Menurut laporan pejabat veterinar, kesan darah ditemui pada vulva kambing berkenaan yang turut membuktikan serangan seksual terjadi.

Tonton Videonya di bawah ini



Sumber : Harian Metro

Saturday, November 30, 2013

Mafia mati dimamah babi


Rome: Polis Itali semalam melaporkan seorang anggota Mafia mati dimakan hidup-hidup selepas dia dicampak ke dalam kandang haiwan itu oleh anggota kumpulan samseng lawan.

Francesco Raccosta dibelasah menggunakan besi sebelum dicampak ke dalam kandang yang dipenuhi sekumpulan babi lapar lalu dimakan haiwan itu.

Menurut polis, kematian Raccosta itu keganasan terbaru dalam perang di antara anggota kumpulan penjenayah yang berlarutan sejak 60 tahun lalu.

Kejadian dipercayai dilakukan Simone Pepe, anggota keluarga Mafia ‘Ndrangheta yang berkuasa di daerah Calabria, selatan Itali.

Polis juga semalam mendedahkan rakaman perbualan telefon mengandungi perbualan Pepe mengenai Raccosta: “Puas hati mendengar jeritannya...kuat betul dia menjerit. Kata orang khinzir kadangkala meninggalkan sisa makanan, tetapi kali ini memang licin.”

Menurut polis, Raccosta erayu supaya Pepe melepaskannya namun tidak diendahkan.
Pepe juga dipercayai dalang di sebalik sekurang-kurangnya tiga lagi pembunuhan dalam tempoh 24 jam kematian Raccosta itu.

Raccosta dilaporkan hilang pada Mac 2012 bersama rakannya Carmine Putrino yang dipercayai mati dimakan babi kerana mayatnya tidak pernah ditemui.

Pepe mengakui pembabitannya kepada polis dan mendakwa ia untuk membalas dendam atas pembunuhan ketuanya Domenico Bonarrigo.

Jurucakap polis berkata, pertelingkahan antara kumpulan itu bermula sejak 1950-an dan meragut banyak nyawa termasuk seorang budak perempuan berusia sembilan tahun yang mati ditembak ketika berada dalam kereta datuknya. - Agensi

Sumber : Harian Metro

TONTON VIDEO EKSLUSIF PENEMUAN POLIS DI BAWAH INI



Thursday, November 28, 2013

Mayat paras pinggul hingga tengkuk


Saratok: Hanya bahagian pinggul hingga paras tengkuk dipercayai sebahagian daripada mayat Andrian Thomas, 32, yang dilaporkan hilang Jumaat lalu selepas dibaham buaya ketika memukat di Sungai Seblak, Roban ditemui pada jam 9 pagi tadi.

Mayat warga Rumah Panjang Empayak di Roban terbabit ditemui tidak jauh dari lokasi kehilangannya di Lubuk Emplaie selepas penduduk menggunakan khidmat pawang buaya Indet Sanabong, 49, pada jam 5 petang semalam.

Andrian dilaporkan hilang selepas keluar memukat di sungai berkenaan pada jam 12 tengah hari Jumaat lalu.

Kehilangannya hanya disedari pada jam 3 petang selepas bapanya, Thomas Mang, 56, terserempak perahu masih diikat pada pokok namun kelibatnya langsung tidak kelihatan.

Bagaimanapun, operasi mencari dan menyelamat Andrian menemui jalan buntu sebelum penduduk berpakat menggunakan khidmat Indet sebagai jalan terakhir.

Susulan penemuan mayat itu, penduduk segera menghubungi polis.

Sumber : Harian Metro

Wednesday, November 27, 2013

Rahsia Hampas Kopi Untuk Kecantikan



Apabila kita minum kopi , terkadang dengan mudah kita membuang hampasnya . Padahal hampas kopi yang berwarna hitam ini terkadang kita anggap remeh ternyata dapat bermanfaat untuk kecantikan kulit kita . Mahu tahu apa rahsia di sebalik hampas kopi ?

1.Untuk Menghilangkan Selulit

Selulit atau garis hitam ini biasanya terdapat di kawasan paha , punggung , dan lengan . Hampas kopi ternyata boleh di manfaatkan untuk menghilangkan selulit . Caranya dengan mencampurkan hampas kopi dengan minyak zaitun secukupnya . Sapukan campuran itu pada kawasan selulit , lalu biarkan selama kurang lebih 10 - 15 minit , kemudian bilas dengan air bersih . lakukan cara ini secara rutin.

2 . Untuk Menghaluskan Kulit

Kulit yang kasar terkadang menjadi pekara yang paling tidak di sukai bagi para remaja , salah satunya kulit telapak tangan . Dengan menggunakan hampas kopi, kulit yang kasar tersebut boleh di haluskan kembali . Caranya dengan menggunakan hampas kopi sebagai lulur , kemudian bilas dengan air bersih . kulit anda akan terasa lebih lembut dari sebelumnya .

3 . Menghilangkan Noda Hitam Di Kulit

Noda hitam di kulit menjadi salah satu hal yang boleh menimbulkan rasa tidak yakin pada diri sendiri. Hampas kopi ini dapat di gunakan untuk menghilangkan noda hitam . Caranya dengan menggunakan hampas kopi sebagai lulur mandi , tambah beberapa titisan baby oil . urut secara perlahan ke bahagian tubuh , urutan lembut akan membuang kotoran. kemudian bilas dengan air bersih dan sabun .

4 . Untuk Mencerahkan Kulit Wajah

Mencampurkan hampas kopi dengan susu asli . Susu kambing lebih diutamakan , namun boleh juga menggantinya dengan susu lembu . Buatlah campuran yang tidak terlalu cair . Sapukan campuran itu ke kawasan kulit , wajah , dan leher , disertai urutan lembut . Biarkan selama 30 minit , kemudian bilas dengan air suam. Lakukan secara rutin 3x seminggu untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.

5 . Untuk Mencegangkan Kulit

Dengan cara mencampurkan hampas kopi dengan putih telur . Sapu pada kawasan kulit dan wajah , biarkan , kemudian bilas hingga bersih . Lakukan secara rutin 3x seminggu . Cara ini boleh berkhasiat untuk mencekangkan kulit , mengatasi kerutan di wajah , sehingga kelihatan awet muda .


Sumber : Dairishare.blogspot.com

Kerana Tampan Lelaki Keturunan Arab Diusir Dari Arab Saudi


Beberapa bulan yang lalu ramai diberitakan di media tentang tiga lelaki berasal dari Abu Dhabi , Emiriah Arab ( UAE ) yang ditangkap dan di usir dari Saudi kerana ketiga lelaki tersebut terlalu tampan .

 Salah satu daripada tiga lelaki tersebut adalah Omar borkan Al Gala , seorang jurugambar fashion , pelakon dan penyair Emiriah Arab . Saat itu banyak orang yang ingin tahu siapa ketiga pemuda tersebut .

 Waktu itu team zamrispoon juga berusaha untuk mencari siapa ketiga lelaki tersebut tapi tidak mendapatakan gambar dari ketiga lelaki tersebut . Kini beredar beberapa foto milik salah satu ketiga lelaki tersebut iaitu Omar borkan Al Gala .

 Salah satunya adalah yang di terbitkan oleh laman nairaland.com , dengan tajuk " Deported From Saudi - Arabia For Being Too Handsome " . Berikut ini adalah beberapa foto milik Omar borkan Al Gala yang diambil dari laman facebook miliknya " https://www.facebook.com/OmarBorkanAlGala "



Sumber : zamrispoon.blogspot.com


Menakjubkan ! Telur Ular "Milk Snake" Berkepala Dua Menetas.


Ahli biologi di margasatwa di Florida dikejutkan dengan menetasnya telur ular berkepala dua dari sekumpulan telur yang berada dalam inkubasi. Ular milk snake Honduras itu tidak hanya mempunyai dua kepala berbentuk seperti garpu bercabang dua, tetapi juga albino, dengan garis-garis putih pucat dan mata merah berkilauan. Ular jarang itu akan menghadapi hidup yang sukar hidup di alam liar kerana tidak berbisa, tetapi boleh hidup selama 20 tahun di dalam kurungan. Mereka memakan serangga, burung, cicak dan mamalia kecil.




Sumber : zamrispoon.blogspot.com




Tuesday, November 26, 2013

Perbuatan kejam penternak arnab

Arnab diperlaku kejam sebelum bulunya disiat.

BEIJING - CHINA . Penternak arnab di China sanggup bertindak zalim menyiat bulu haiwan itu demi keuntungan berganda.

Dalam keadaan kaki dan tangan diikat, bulu arnab disiat dua hingga tiga bulan sekali. Selepas itu, arnab dibiarkan pulih dalam sangkar kotor hingga ada yang terkena jangkitan.

Pengarah hak asasi haiwan Peta Britain Mimi Bekhechi berkata, arnab berusia dua dan lima tahun dibunuh jika bulunya tidak tumbuh.

"Kami memboikot baju sejuk atau selendang tertulis angora," katanya. 


Sumber - Mail Online


Doktor gigi bersalah sembelih anak, pembantu

Ghaziabad (India): Sepasang suami isteri semalam didapati bersalah menyembelih anak perempuan mereka dan seorang pembantu selepas kes itu dibicarakan sejak lima tahun lalu.

Rajesh dan Nupur Talwar disabitkan kesalahan membunuh Aarushi, 14, dan seorang pekerja warga Nepal, Hemraj Banjade, dengan menyembelih mangsa menggunakan pisau pembedahan gigi di rumah mereka di New Delhi pada 2008.

Mayat Aarushi ditemui polis di atas katilnya dengan leher mangsa terpotong pada Mei tahun berkenaan.

Awalnya polis mengesyaki pembunuhan itu dilakukan Hemraj tetapi siasatan bertukar arah selepas pihak berkuasa menemui mayat reput lelaki terbabit disembunyikan di bumbung sehari kemudian.

Penyiasat mendakwa Aarushi dibunuh ibu bapanya kerana tertuduh menemui mangsa dalam situasi “tidak boleh diterima” tetapi pasangan terbabit mendakwa mereka menjadi mangsa kegagalan siasatan polis selama bertahun-tahun.

Pendakwa R K Saini berkata, tertuduh didapati bersalah dan memusnahkan bahan bukti.

Sumber : AFP

Monday, November 25, 2013

Remaja sedia portal muat turun filem ditahan

PUTRAJAYA: Tiga remaja bawah umur ditahan penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) selepas didapati menjadikan laman Web sebagai portal untuk memuat turun atau tayangan filem tempatan tanpa pemilik hak cipta.

Ketua Pengarah Bahagian Penguatkuasaannya Mohd Roslan Mahayuddin berkata, serbuan dilakukan selepas pemilik hak cipta dan orang ramai membuat aduan mengenai filem KL Gangster 2, KL Zombie dan Tanda Putera yang disediakan untuk dimuat turun menerusi laman sesawang berkenaan.

"Tiga laman sesawang berkenaan ialah www.allinoneatheremovies.blogspot.com, www.pjsenter.com dan www.piratebytez.com," katanya pada sidang media di sini.

Sumber : Harian Metro

Anak pijak bapa sampai mati

Kota Marudu: Berang selepas mendakwa isterinya disembunyikan ahli keluarga, seorang lelaki bertindak kejam apabila bukan saja memukul, malah memijak bertubi-tubi perut dan dada bapanya sehingga mati dalam kejadian di kedai runcit Kampung Tutuwoon, Pitas, dekat sini.

Mangsa, Oding Lumping, 84, dari Kampung Mandamai, Pitas, meninggal dunia di Hospital Pitas kira-kira jam 10.30 pagi, kelmarin, akibat pendarahan teruk dalam perut selain patah tulang rusuk akibat tindakan kejam anaknya.

Difahamkan, kira-kira jam 11.45 malam Jumaat lalu, anak mangsa berusia 40 tahun tiba-tiba mengamuk menendang pintu kedai milik keluarganya sehingga pecah ketika mangsa bersama isterinya tidur.

Sumber berkata, selepas itu, mangsa bersama isterinya Iyong Malong, 61, terjaga sebelum suspek meminta parang daripada bapanya kerana mahu mencederakan isterinya yang menghilangkan diri sejak seminggu lalu.

“Suspek yang tidak puas hati tidak diberikan parang kemudian mengamuk dan bertindak memukul ibunya di bahagian kepala serta mencekik wanita itu.

“Selepas itu, suspek memukul bapanya sehingga mangsa terjatuh sebelum memijak berulang kali di bahagian perut warga emas itu sebelum beredar.

“Mangsa bersama isterinya kemudian bersembunyi di dalam semak di belakang rumah sebelum meminta bantuan penduduk kampung.

“Mangsa dan isterinya dibawa ke hospital pada kira-kira jam 6 pagi, semalam (kelmarin) untuk rawatan lanjut,” katanya.

Sumber berkata, ketika menerima rawatan di Hospital Pitas, mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira jam 10.30 pagi.

“Hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat kecederaan di bahagian saluran buah pinggang serta patah tulang rusuk kanan, manakala isterinya cedera ringan di bahagian kepala dan leher,” katanya.

Menurutnya, isteri mangsa memberitahu anak mereka itu pesakit mental dan pernah menjalani rawatan di Hospital Mesra Bukit Padang dan kini mengusahakan kedai runcit di Pekan Pitas.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Marudu Deputi Superintendan Mohd Isa Yusof berkata, pihaknya menerima maklumat kira-kira jam 11 pagi kelmarin dan memberkas suspek pada jam 1.30 tengah hari, pada hari yang sama.

“Suspek ditahan di sekitar Kampung Tutuwoon oleh anggota dari Balai Polis Pitas dan kini direman selama tujuh hari.

“Punca kematian mangsa dipercayai akibat kecederaan teruk bahagian saluran buah pinggang serta patah tulang rusuk kanan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, punca kejadian dipercayai bermula apabila isteri suspek menghilangkan diri sejak seminggu lalu dan suspek mengesyaki ahli keluarganya turut terbabit menyembunyikan wanita itu.

Sumber : Harian Metro

Saturday, November 23, 2013

Bomoh pelik hidup mewah

Lelaki berusia lingkungan 60-an itu dikatakan bijak memanipulasikan setiap pesakit terutamanya wanita yang kebanyakannya putus cinta dengan mengambil kesempatan ‘meneroka’ setiap inci tubuh mereka sebagai syarat rawatan.

Antara rawatan jijik digunakan bomoh terbabit adalah seperti menghisap kemaluan pesakit kononnya untuk membuang sial dan darah kotor yang didakwanya menjadi punca segala masalah yang membelenggu mangsa.

Mendedahkan perbuatan keji bomoh terbabit, seorang pelajar perempuan institut pengajian tinggi (IPT) di ibu kota berusia 23 yang hanya mahu dikenali sebagai Mira berkata, dia nyaris menjadi mangsa kerakusan seks lelaki terbabit ketika mendapatkan rawatan berhubung masalah cinta dihadapinya hujung tahun lalu.

“Hubungan cinta saya dan teman lelaki agak goyah ketika itu dan membuatkan hidup menjadi kacau bilau sebelum seorang rakan baik menegur kerana melihat keadaan saya yang agak murung. “Dia kemudian memberitahu masalah yang dihadapi saya itu adalah satu perkara kecil kerana mendakwa boleh membantu, tapi dengan syarat saya mesti bersetuju untuk melakukan apa saja sekiranya ingin masalah ini selesai.” katanya. Menurutnya, dia kemudian diperkenalkan rakan kepada bomoh terbabit dan rakannya itu mendakwa mereka sekeluarga memang sudah lama menggunakan khidmat bomoh itu jika mempunyai sebarang masalah sama ada diganggu makhluk halus atau apa saja.

“Ibu bapa rakan saya adalah ahli perniagaan dan mereka kerap berjumpa bomoh terbabit untuk tujuan mendapatkan pelaris, malah rakan yang pernah mengalami masalah cinta turut berjumpa dengan bomoh terbabit. “Dia mendakwa bomoh itu menggunakan rawatan agak pelik namun hasil yang diperoleh pasti akan memuaskan hati dan teman lelakinya sehingga kini tidak pernah beralih cinta kepada orang lain,” katanya.

Mira berkata, selepas berfikir dan yakin dengan kata-kata rakan itu dia mengambil keputusan untuk mendapatkan rawatan dengan bomoh terbabit di kediaman lelaki itu di pinggir ibu kota. Katanya, semua bermula dengan baik dan dia yakin dengan kemampuan bomoh itu yang hanya menjalankan rawatan menggunakan air selain beberapa keping syiling perak. “Saya kemudian dibekalkan dengan sebotol air jampi dan diminta berpantang tiga hari dengan tidak menghubungi atau menjawab panggilan daripada teman lelaki saya,” katanya.

Menurutnya, selepas seminggu masih tiada tanda positif dan dia bertindak menemui bomoh itu untuk mendapatkan rawatan kedua dan diminta membayar RM210 selain harus ‘dimandikan’ bagi membuang sisa darah kotor daripada badannya. “Dengan hanya berkemban, saya dimandikan selama dua jam dan sepanjang upacara ‘buang sial’ itu, bomoh itu membaca jampi sambil menggosok seluruh badan serta melakukan urutan pada bahagian-bahagian tertentu seperti pangkal dada, bahagian bawah pinggang dan paha.

“Ketika itu, banyak darah yang keluar dari badan dan saya mula yakin itu darah kotor yang menyebabkan hubungan dengan teman lelaki saya bermasalah. Walaupun ada ketika diraba, saya diamkan saja kerana bimbang rawatan terganggu,” katanya.

Selesai rawatan berkenaan, dia mendapati tiada sebarang perubahan berlaku malah teman lelakinya juga tidak menunjukkan sebarang reaksi menyebabkan dia bertemu bomoh itu untuk mendapatkan rawatan ketiga. “Pada masa inilah saya diminta mendapatkan rawatan ‘istimewa’ iaitu dengan cara menyedut darah kotor dari kemaluan sekiranya ingin teman lelaki kembali. “Mendengarkan syarat berkenaan, saya memutuskan untuk bersabar dan menunggu hasil rawatannya sebelum ini kerana tidak sanggup untuk membenarkannya berbuat demikian,” katanya.

Tidak sampai sejam, dia kemudiannya mendapat SMS yang memintanya datang ke rumah bomoh itu untuk memasukkan ‘barang’ nya ke dalam kemaluan bagi memudahkan darah kotor keluar dari badan. “Sepanjang mendapatkan rawatan itu, bomoh itu ada mengeluarkan kata-kata yang berbaur lucah, tapi saya tidak hiraukan kerana menganggap ia hanya gurauan dari orang tua, namum SMS yang dihantar membuat saya berasa takut,” katanya.

Ikan Pelik Dengan Berkepala Lutsinar


Ikan Barreleye (Macropinna microstoma) merupakan ikan unik yang mempunyai kepala lutsinar yang dipenuhi dengan cecair. Selain itu, ia mempunyai sirip yang lebar, mulut kecil dan sepasang mata luar biasa yang diliputi dengan kanta hijau yang cantik.

Tidak seperti kebanyakan ikan yang lain, kedua-dua mata Barreleye adalah di bahagian depan kepala, yang memberikan ia satu penglihatan binokular yang menakjubkan. Ikan ini mendiami kedalaman sekitar 600 meter yang sangat gelap.

Kepala uniknya membantu ia melihat dengan jelas di persekitaran yang gelap dan juga berfungsi sebagai perisai untuk melindunginya dari sengatan obor-obor.

Lihat video rakaman ikan Barreleye di bawah ini:

Friday, November 22, 2013

Air kencing Lady Gaga jadi minyak wangi




New York: Seorang penyampai televisyen mendakwa dia menjadikan air kencing Lady Gaga minyak wangi selepas mengumpulkan air kencing penyanyi itu yang di dalam tong sampah.

Pengacara rancangan kabel AS Watch What Happens Live, Andy Cohen memberitahu rancangan Late Night With Jimmy Fallon yang superstar itu kencing di dalam tong sampah di bilik persalinannya.

“Ia cerita lama tetapi memang Gaga melakukan demikian. Ketika ingin keluar, dia berkata: “Saya tidak dapat cari tandas, minta maaf saya membuang air kecil dalam tong sampah.

“Dia Lady Gaga dan seorang superstar. Setakat yang saya tahu, dia boleh buang air di mana saja dia mahu,” katanya.

Cohen berkata, dia meminta pembantu peribadinya mencari petua dan resipi untuk menyimpan air kencing itu dan menjadikannya minyak wangi. “Jadi, kami masukkannya ke dalam botol yang cantik. Saya tahu, ia perbuatan yang salah tetapi jika anda tanya mengapa, saya lakukannya, saya akan berkata ia adalah artifak bintang pop yang bernilai,” katanya. Sementara itu, Gaga memberi amaran kepada peminatnya di Twitter dengan berkata: “Anda sudah diberi amaran jika dia cuba menyembur ke arah anda”. - Agensi


Sumber : Harian Metro

Thursday, November 21, 2013

Warga emas terlampau

Penduduk berkenaan menunjukkan lokasi warga emas dan wanita OKU tersebut ditemui.

SEGAMAT - Seorang warga emas berusia 70 tahun ditemui dalam keadaan bogel bersama seorang wanita orang kurang upaya (OKU) lembam oleh penduduk kampung di sebuah belukar di daerah ini, petang kelmarin.

Penduduk tersebut memberitahu, dia dihubungi jirannya yang juga isteri warga emas berkenaan meminta tolong mencari suaminya di sekitar padang bola kampung berhampiran, kira-kira jam 2.15 petang.

Menurutnya, bimbang kejadian tidak diingini berlaku, dia segera ke lokasi dinyatakan dan melihat motosikal suami jirannya ada di sana.

“Saya berpatah balik untuk ke rumah jiran saya itu bagi memaklumkan hal berkenaan kepadanya, tetapi saya diminta pula mencari suaminya di dalam belukar di sebelah padang itu.

“Jiran saya bimbang kerana suaminya masuk ke kawasan itu bersama seorang wanita lembam,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Jelasnya, sebagai langkah keselamatan, dia mengajak seorang rakan menemaninya ke belukar berkenaan.

Menurutnya, sebaik sampai di belukar itu, mereka nampak warga emas dan wanita lembam tersebut dalam keadaan tanpa seurat benang dan suami jirannya itu sempat membuang objek dipercayai kondom.

“Saya kemudian menyuruh mereka memakai baju dan membawa wanita lembam itu keluar dari belukar berkenaan,” katanya.

Penduduk berkenaan berkata, wanita lembam itu yang dalam ketakutan menjerit memarahi warga emas tersebut dan mendakwa dia sering mengajaknya melakukan perbuatan terkutuk tersebut.

Tambahnya lagi, jirannya turut memberitahu pernah menangkap warga emas dan wanita lembam itu dalam stor rumah mereka dan menasihati suaminya supaya meninggalkan perbuatan terkutuk tersebut, namun tidak diendahkan sebaliknya dia dipukul lelaki itu.
Penduduk berkenaan menunjukkan laporan polis berhubung kejadian tersebut.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Segamat, Deputi Superintendan M Anuar Ismail, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan satu tangkapan telah dibuat, petang kelmarin.

“Suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam dan akan didakwa di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Mangsa juga telah dibawa ke Hospital Daerah Segamat (HDS) untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.


Sumber : Sinar Harian

Monday, November 18, 2013

Mak nyah ditetak pelanggan

Mangsa mengalami kecederaan di kepala akibat ditetak dengan pisau dalam kejadian kelmarin.

MUAR – Malang buat seorang lelaki berperwatakan wanita (mak nyah) apabila bukan hanya tidak mendapat bayaran, malah turut dicederakan pelanggan.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi di sini, kelmarin, mangsa ditetak pada bahagian kepalanya menggunakan pisau selain rantai leher yang dipakai diragut.

Mangsa menerima lebih 20 jahitan dengan kesan tetak pada bahagian kepala di samping cedera pada jari serta telapak tangan.

Sumber memberitahu, mangsa mengenali suspek yang menjadi pelanggannya pada malam kejadian.

Menurutnya, mereka bertemu di bandar ini sebelum dibawa pulang ke bilik mangsa tanpa rasa curiga.

“Selesai melanggan, suspek cuba mencuri beg tangan mangsa yang mengandungi banyak barang kemas.

“Berlaku pergelutan apabila mangsa cuba untuk mempertahankan beg tangan miliknya, namun suspek bertindak agresif dengan menetak kepala mangsa menggunakan pisau yang disembunyikan dalam sebuah beg sandang,” katanya semalam.

Sumber berkata, suspek turut memaksa mangsa yang berada dalam keadaan kesakitan supaya membuka pintu bilik yang berkunci dari dalam.

Katanya, suspek sempat merentap rantai emas pada leher mangsa sebelum melarikan diri.

“Mangsa segera menghubungi rakannya untuk pertolongan dan kemudiannya dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob ketika dihubungi mengesahkan laporan kejadian dan suspek kini sudah ditahan untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 326 kanun keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata.

"Jika sabit kesalahan boleh dipenjara hingga 20 tahun atau denda atau sebatan atau kedua-duanya sekali," katanya.


Sumber : Sinar Harian

Padah ugut sembelih isteri

KOTA BHARU - Padah berkelakuan agresif dengan mengacu golok dan mengugut untuk menyembelih isteri, seorang buruh dijel tiga tahun oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Hukuman diputuskan Majistret, Nik Habri Muhamad mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan selepas mendengar keterangan impak mangsa.

Tertuduh, Norbaharuddin Awang, 33, mengaku salah mengugut sambil mengacu golok terhadap Azlinnah Abdullah, 33, di sebuah rumah di Kampung Pagut, Ketereh di sini, jam 3.30 petang 30 Oktober lalu.

Kejadian berpunca selepas pasangan itu berselisih faham kerana tertuduh mendakwa isterinya itu mempunyai hubungan dengan lelaki lain.

Walaupun mangsa menafikannya, pertengkaran mulut terus berlaku sehingga leher mangsa dicekik dan ditampar di pipi kiri serta kanan.

Belum berpuas hati dengan tindakannya itu, tertuduh kemudian mengacu golok dan mengugut untuk menyembelih mangsa pula.

Akibat ketakutan, mangsa membuat laporan polis yang membawa kepada penahanan tertuduh, sehari selepas itu.

Pada prosiding semalam, tertuduh memohon hukumannya diringankan kerana telah insaf dan masih menanggung keluarga.

Namun, Timbalan Pendakwa Raya negeri, meminta mahkamah mengenakan hukuman setimpal berikutan kesalahan serius yang berlaku dalam rumah tangga dan semakin berleluasa.

“Tindakan tertuduh menyebabkan mangsa kegentaran, takut dibunuh,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

Sunday, November 17, 2013

RAHMAH menceritakan mengenai selera songsang suaminya kepada wartawan.

Kuala Lumpur: Selama 20 tahun berkahwin, Rahmah, 53, dilimpahi pelbagai kemewahan. Rumah tangganya bahagia walaupun suaminya mualaf, dia taat pada perintah agama dan sangat menyayangi dua anak mereka.

Bagaimanapun, semuanya berubah secara mendadak sejak tiga tahun lalu apabila suaminya yang berusia 48 tahun dan berasal dari United Kingdom berkenalan dengan seorang lelaki berumur awal 30-an yang juga rakan sepejabat sebelum menjalin hubungan songsang.

“Sejak awal perkahwinan, saya diberi segala kemewahan, malah perumahan elit menjadi tempat tinggal saya, hanya keluarga kami menginap di situ, selebihnya golongan profesional warga asing. 

BUKTI gigitan cinta yang ditemui pada tubuh suami Rahmah.

“Anak belajar di sekolah persendirian dengan bayaran puluhan ribu sebulan. Namun, itu belum cukup untuk menjadikan rumah tangga saya kekal bahagia selepas kehadiran ‘madu’ yang melayani suami ketika dia di luar rumah,” katanya ketika ditemui semalam.

Rahmah berkata, perubahan mendadak suaminya, perunding pembinaan syarikat berpangkalan di luar negara, yang tidak mahu ‘duduk’ rumah dan sering menjadikan urusan kerja sebagai alasan untuk menghilangkan diri selama berminggu-minggu sejak tiga tahun lalu, menimbulkan tanda tanya


Sumber : Harian Metro

Dicampak kekasih dari tingkat sembilan

PEGAWAI penyiasat Shan Gopal (kiri) memeriksa mayat wanita yang dicampak dari tingkat 9 di Pangsapuri Setapak Jaya Indah.

Kuala Lumpur: Seorang wanita warga Indonesia berusia 30-an maut selepas dipercayai dicampak teman lelakinya dari tingkat sembilan sebuah apartmen di Setapak, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari, mangsa maut di tempat kejadian selepas cedera parah di kepala.

Menurut sumber, pihak berkuasa kini menyiasat kemungkinan mangsa dibunuh kerana siasatan awal mendapati sebelum kejadian, mangsa dilaporkan bergaduh dengan teman lelakinya berusia 30-an.

Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, mangsa dilapor akan pulang ke negaranya hari ini.

“Bagaimanapun, mangsa bergaduh dengan teman lelakinya sebelum ditemui mati di tingkat bawah kawasan perumahan itu,” katanya.

Sumber itu berkata, mangsa juga mengemas pakaian miliknya kerana akan mengosongkan rumah berkenaan.

“Mangsa berada di Malaysia sejak setahun lalu dan bekerja di sebuah kedai runcit berhampiran rumahnya,” katanya.

Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

Sehingga kini pihak berkuasa belum mengklasifikasikan kes itu sementara menunggu laporan bedah siasat.

Katanya, pihak berkuasa memanggil teman lelaki suspek untuk diambil keterangan dan akan menahannya selepas laporan bedah siasat diperoleh.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

Sumber : Harian Metro

Saturday, November 16, 2013

Sambung semula kemaluan


Taif: Seorang doktor Arab Saudi di sini terpotong bahagian atas kemaluan seorang bayi lelaki berusia 18 bulan secara tidak sengaja ketika mengkhatankannya.

Kejadian itu menyebabkan pihak hospital terpaksa menghubungi pakar kanak-kanak terkemuka untuk melakukan pembedahan kecemasan, menyambung semula kemaluan bayi itu.

Doktor terbabit cuba membetulkan kesalahannya dengan menjahit bahagian yang terputus itu tetapi gagal menghentikan pendarahan dan bayi berkenaan juga tidak henti-henti menangis.

“Hospital kemudian menghubungi pakar bedah kanak-kanak dari Hospital Raja Abdul Aziz untuk melakukan pembedahan.


Usaha pakar berkenaan berjaya menghentikan pendarahan dan bahagian kemaluan yang terputus berjaya disambung semula,” lapor akhbar itu. - Agensi


Sumber : Harian Metro

Peragut Maut Rempuh Jengkaut


Dua suspek kes ragut maut selepas motosikal dinaiki merempuh jengkaut di Kampung Tok Alang, Tasek Gelugor, kira-kira 5.45 petang tadi.

Sementara itu, seorang anggota polis yang mengejar mereka, Lans Koperal Rizal Izwan, cedera selepas turut melanggar jengkaut itu.

Sumber : Harian Metro

Friday, November 15, 2013

Fuhhh! Serius sedap suara pak cik ni....

Fuhhh! Serius sedap suara pak cik ni...kompom masa muda2 dulu suka karaoke. .Jika anda rasa suara pak cik ni sedap, sila KOMEN dan SHARE ~

Pengurus restoran nafi guna najis manusia

Perniagaan nasi kandar di Jalan Yang Kalsom di sini dikenakan notis Perintah Tutup Premis Makanan selama 14 hari kerana melanggar syarat di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983 berkaitan kebersihan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kinta (Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan) mulai hari ini. 
- Foto Bernama

IPOH - Pengurus Restoran Nasi Kandar Ayam Merah di Jalan Yang Kalsom di sini hari ini menyangkal keras dakwaan restorannya ditutup susulan penemuan najis manusia di dalam peti simpanan makanan di premis itu.
   
Mohd Nihmatullah Syed Mustaffah berkata perkara itu yang disebar menerusi laman sosial sejurus selepas notis penutupan dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan petang semalam, merupakan fitnah yang bertujuan menjejaskan perniagaannya.
   
"Adakah najis orang kita boleh masak? Kenapa cemburu selepas 55 tahun saya berniaga di sini?," katanya kepada pemberita di sini.
   
Sambil menegaskan penutupan selama dua minggu sehingga 28 Nov itu atas faktor kebersihan, beliau berkata pihak yang tidak bertanggungjawab tersebut mendakwa najis terbabit untuk disalut di sekeliling periuk.
   
"Kalau ada bukti (saya berbuat demikian) keluarkanlah...," katanya menambah perbuatan tersebut turut menjejaskan imej Perak yang sinonim dengan nasi kandar restorannya yang dikenali sebagai 'nasi ganja'.

Banyak orang kenamaan termasuk menteri dari luar negara datang menjamu selera di sini, justeru bayangkan apa perasaan mereka jika terbaca dakwaan yang dibuat itu, katanya.
   
Mohd Nihmatullah, 59, juga menegaskan hanya restorannya ditutup manakala Restoran Vanggey di Greentown yang turut menjual nasi kandar beroperasi seperti biasa.
   
Restoran Vanggey juga milik keluarga saya, katanya.
   
Beliau berkata, restorannya dijangka beroperasi semula Ahad atau Isnin ini selepas Jabatan Kesihatan melakukan pemeriksaan susulan.
   
Restoran terbabit diarah tutup selama dua minggu bermula semalam kerana gagal mematuhi tahap kebersihan yang ditetapkan.
   
Notis perintah tutup premis yang dikeluarkan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Pejabat Kesihatan Daerah Kinta Abdul Rahman Ismail, dibuat mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983. 

Sumber : Bernama

Thursday, November 14, 2013

Restoran nasi ganja di Ipoh diarah tutup dua minggu

Sebuah restoran yang popular dengan makanan nasi kandar atau lebih dikenali sebagai 'nasi ganja' di Jalan Yang Kalsom di sini, diarah tutup selama dua minggu berikutan gagal mematuhi tahap kebersihan yang ditetapkan.

Notis perintah tutup premis yang dikeluarkan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Pejabat Kesihatan Daerah Kinta Abdul Rahman Ismail itu berkuat kuasa mulai hari ini sehingga 28 November.

Operasi bersepadu bermula 5 petang itu melibatkan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Pejabat Kesihatan Daerah Kinta, Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri dan Jabatan Imigresen.

Menurut Jurucakap Pejabat Kesihatan Daerah Kinta, persekitaran penyediaan makanan yang tidak bersih boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan orang awam.

Katanya notis itu dibuat mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983, jika disabitkan kesalahan boleh didenda atau dipenjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Perak Datuk Dr Nordiyanah Hassan ketika dihubungi mengesahkan arahan tutup premis itu dan operasi dijalankan atas arahan Kementerian Kesihatan.

Sumber :  Bernama

Wednesday, November 13, 2013

‘Bunuh diri dengan kejam’


Kampar: Mayat seorang lelaki 50-an ditemui dalam keadaan berbogel dengan seluruh badan rentung di sisi sebuah tong berisi petrol berhampiran sebuah pondok taman permainan di Taman Sayang, Gopeng, di sini, tengah hari semalam.

Mayat mangsa dengan ketinggian 160 sentimeter ditemui orang awam dalam keadaan terbaring dengan kesan melecur teruk di badan dan bahagian muka di tepi satu nota tertulis ‘saya bunuh diri dengan kejam’ (bahasa Mandarin) .


Ketua Polis Daerah Kampar Superintendan Ng Kong Soon ketika ditemui di tempat kejadian berkata, pihaknya dimaklumkan orang awam mengenai penemuan mayat mangsa di taman berkenaan pada jam 12.50 tengah hari.

Beliau berkata, pihaknya mendapatkan kerjasama Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak bagi menjalankan siasatan.

“Pemeriksaan oleh Unit Forensik serta pakar patologi Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) mendapati tiada unsur jenayah ditemui.

RANGKUMAN VIDEONYA DI BAWAH INI




Sumber : Harian Metro

Misteri Gangguan Roh di Rumah Allahyarhamah Mona Fandey (Video)

Jenazah Allahyarhamah Mona Fandey sedia utk dikebumi


Misteri Gangguan Roh di Rumah Allahyarhamah Mona Fandey | Siapa yang tidak terkejut dengan pembunuhan kejam Allahyaham Dato Mazlan satu ketika dahulu di sebuah perkampungan di Raub, Pahang.

Semasa kes sedang dibicarakan, terdapat beberapa misteri dan pelik telah dilaporkan berlaku, seperti ketika perbicaraan sedang berlangsung di mahkamah yang mana tiba-tiba semua yang ada didalamnya terdengar  bunyi itik.

Seringkali lokasi pembunuhan dan kubur Allahyarhamah Mona Fandey dijadikan lokasi untuk pemujaan nombor ekor oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, manakala tapak rumah yang pernah diduduki Allahyarham di Tanjung Lumpur, Kuantan, pula sering dikaitkan dengan beberapa kejadian misteri.

Menurut seorang wanita yang dikenali sebagai Ma berusia 50 tahun yang tinggal berhampiran tapak rumah itu mendakwa, selepas rumah diduduki Mona dirobohkan dan kenderaan berwarna hitam wanita itu dilupuskan penduduk kampung, pelbagai peristiwa aneh serta seram berlaku di sebatang pokok besar berhampiran rumah berkenaan.

Tambahnya, terkejut dengan gangguan binatang yang dianggap misteri itu, anaknya berlari sekuat hati selepas kumpulan binatang liar berkenaan semakin agresif.

“Saya memang tak percaya dengan semua itu, tapi selepas anak menjadi mangsa, baru saya sedar ada sesuatu yang tidak kena pada pokok besar berkenaan, menyebabkan kami sekeluarga berwaspada ketika melalui laluan itu.

“Kini, semua kejadian pelik serta aneh berkurangan, namun pokok besar itu masih wujud di tepi jalan tetapi hanya tinggal ranting, manakala daunnya berubah menjadi kering,” katanya.

Ditanya sama ada dia pernah melihat Mona secara bertentang mata, Ma berkata, hanya sekali dia melihat wanita itu dan ia berlaku secara kebetulan apabila Mona memberi itik peliharaannya makan pada tengah malam.

Seorang lagi penduduk dikenali sebagai Nor, 50, berkata, Mona sebenarnya hanya menumpang tinggal sementara di rumah berhampiran pokok besar itu selepas berpindah dari rumah sewa di belakang Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Lumpur, selain berkawan rapat dengan anak lelaki tuan rumah dikenali sebagai Pak Awang Dodol.

“Selepas Pak Awang Dodol meninggal dunia, Mona meninggalkan rumah berkenaan, termasuk membiarkan kereta berwarna hitam miliknya di depan rumah itu.

“Memang benar pokok besar itu ada sedikit gangguan selepas pemergian Mona, tapi syukur Alhamdulillah gangguan itu tidak terjadi pada keluarga saya walaupun setiap hari melalui laluan berkenaan untuk ke jalan utama,” katanya.

Sementara itu, tinjauan wartawan Metro Ahad ke lokasi rumah yang didakwa pernah disewa Mona di belakang SK Tanjung Lumpur mendapati ia telah dirobohkan penduduk kampung kerana menjadi sarang penagih dadah.

Yang anehnya, walaupun rumah itu dirobohkan, sebatang pokok tanpa daun dibiarkan begitu saja dan difahamkan, ia pernah dijadikan tangga untuk naik ke rumah Mona.

Saksikan juga bagaimana Eja dirasuk dirumah Mona Fendy

Wanita dicerai talak tiga bakar diri

Gambar sekadar hiasan

Kuala Lumpur: Akibat tertekan dengan masalah rumah tangga dihadapi selepas diceraikan dengan talak tiga, seorang wanita nekad cuba membunuh diri dengan mencurah petrol dan membakar diri di depan rumah bekas suaminya di Puchong, kelmarin.

Dalam kejadian jam 6 petang itu, wanita berusia 25 tahun yang bertugas sebagai penjawat awam itu kini dilaporkan dalam keadaan kritikal selepas terbakar hampir 80 peratus.

Sumber memberitahu Harian Metro, sebelum kejadian, mangsa datang ke rumah bekas suaminya sebelum berlaku pertengkaran mulut akibat tidak berpuas hati apabila diceraikan dengan talak tiga.

“Pasangan berkenaan dikatakan sering bergaduh menyebabkan bekas suami wanita itu menceraikannya dengan talak tiga kerana tidak tahan dengan sikap cemburu buta wanita itu yang menuduh bekas suaminya mempunyai hubungan sulit,” katanya.

Difahamkan, pasangan berkenaan baru lapan bulan berkahwin dan ia perkahwinan kedua wanita berkenaan.

Menurut sumber, selepas berlaku perang mulut, wanita berkenaan meninggalkan rumah itu dengan memandu kereta.

“Bagaimanapun, kira-kira 10 minit kemudian, wanita itu datang semula ke rumah berkenaan dengan membawa sebotol petrol lalu dicurahkan ke badannya ketika masih berada dalam kereta.

“Bekas suaminya cuba menghalang perbuatan itu, namun gagal sebelum wanita itu terlebih dulu menyalakan pemetik api menyebabkan api terus menyambar seluruh badannya,” katanya.

Menurut sumber, bekas suaminya turut melecur pada kedua-dua lengan dan dada, namun sempat menghantar bekas isterinya ke hospital.

Katanya, bekas suaminya cuba menyelamatkan wanita itu tetapi gagal sebelum pantas memeluk badan bekas isterinya dalam usaha memadamkan api.

“Akibatnya, bekas suami wanita itu juga melecur pada kedua-dua lengan dan dada, namun sempat menghantar bekas isterinya ke hospital,” katanya.

Difahamkan, wanita berkenaan dilaporkan kritikal dan masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Serdang manakala bekas suaminya pula menerima rawatan sebagai pesakit luar.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan.

Sumber : Harian Metro

Tuesday, November 12, 2013

Ibu bakar anak selepas bergaduh


Beijing: Seorang ibu dari Jinhua, di Zhejiang memaksa anak lelakinya yang berusia empat tahun agar meminum minyak tanah sebelum membakar kanak-kanak malang itu selepas terbabit dalam pergaduhan keluarga, baru-baru ini.

Menurut laporan akhbar, wanita terbabit dan suaminya bergaduh menyebabkan si isteri yang berang memutuskan untuk mencederakan setiap ahli keluarganya.
“Si isteri mula menuang minyak tanah dari botol minuman teh ais ke tekak anaknya.

“Tidak lama kemudian si bapa mula menyedari yang botol itu diisi dengan minyak tanah tetapi tidak dapat berbuat apa-apa kerana si isteri sudah membakar anaknya,” katanya.


Menurut akhbar berkenaan, mangsa mengalami kecederaan melecur tahap ketiga dan masih dirawat di unit rawatan rapi sebuah hospital.


“Doktor berkenaan memberitahu mangsa mungkin tidak dapat bercakap dan melihat lagi.

“Si bapa yang cuba menyelamatkan anaknya yang terbakar turut cedera. Kepalanya bengkak dan lutut serta tangannya juga melecur,” katanya. - Agensi

Videonya di bawah ini:



Sumber : Harian Metro

Ibu bakar anak selepas bergaduh

Beijing: Seorang ibu dari Jinhua, di Zhejiang memaksa anak lelakinya yang berusia empat tahun agar meminum minyak tanah sebelum membakar kanak-kanak malang itu selepas terbabit dalam pergaduhan keluarga, baru-baru ini.
Menurut laporan akhbar, wanita terbabit dan suaminya bergaduh menyebabkan si isteri yang berang memutuskan untuk mencederakan setiap ahli keluarganya. 
“Si isteri mula menuang minyak tanah dari botol minuman teh ais ke tekak anaknya. 

“Tidak lama kemudian si bapa mula menyedari yang botol itu diisi dengan minyak tanah tetapi tidak dapat berbuat apa-apa kerana si isteri sudah membakar anaknya,” katanya.

Menurut akhbar berkenaan, mangsa mengalami kecederaan melecur tahap ketiga dan masih dirawat di unit rawatan rapi sebuah hospital.

“Doktor berkenaan memberitahu mangsa mungkin tidak dapat bercakap dan melihat lagi. 

“Si bapa yang cuba menyelamatkan anaknya yang terbakar turut cedera. Kepalanya bengkak dan lutut serta tangannya juga melecur,” katanya. - Agensi

Sumber : Harian Metro

PEMILIK TASKA DITUDUH ANIAYA BUDAK



KUALA LUMPUR: Pemilik Taska Permata Harapan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan menganiaya seorang kanak-kanak berusia setahun lapan bulan pada 18 Oktober lalu.

Rozita Awang, 35, bagaimana tidak mengaku bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadapanya.

Dia didakwa menganiaya kanak-kanak di bawah jagaannya dengan cara yang mungkin akan menyebabkan kanak-kanak itu mengalami kecederaan fizikal dan emosi.

Rozita didakwa melakukan perbuatan itu di ruang tamu Taska Permata Harapan, nombor 41 Jalan Melati 1, Taman Melati, lebih kurang jam 11.35 pagi pada 18 Oktober lalu.


Bagi perbuatan itu dia didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak Kanak 2001 yang membawa hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara maksimum sepuluh tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.


Mahkamah membenarkan wanita beranak enam itu dijamin RM5,000 dengan seorang penjamin.

Sumber : Harian Metro

Monday, November 11, 2013

Jejak pengikut ‘Tuhan Harun’

Kuala Lumpur: Polis menasihatkan 31 pengikut ajaran sesat ‘Tuhan Harun’ menyerah diri bagi membantu siasatan kes pembunuhan Ketua Penolong Pengarah Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Rafli Abdul Malek, 49, di rumahnya di Indera Mahkota 2, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis meminta 31 pengikut ajaran berkenaan tampil menyerah diri bagi membantu siasatan sebelum polis mengesan dan menangkap mereka.
Menurutnya, polis akan melihat daripada semua sudut siasatan kes berkenaan untuk melihat jika mangsa mempunyai musuh atau sebaliknya dan pasukan khas sudah ditubuhkan bagi menjalankan siasatan lanjut.


“Kita akan mengesan semua individu diperlukan bagi membantu siasatan termasuk 31 pengikut ajaran Tuhan Harun dan mereka dinasihatkan menyerah diri bagi membantu siasatan.

“Polis mengambil serius dan bimbang jika kumpulan ajaran sesat itu boleh bertukar menjadi kumpulan militan dan polis sentiasa memantau perkara itu,” katanya ditemui selepas merasmikan Seminar Pencegahan Jenayah dari Perspektif Islam di Maktab Polis Diraja Malaysia, Cheras, semalam.

Sumber : Harian Metro

Nafsu patung


Permaisuri: Sekumpulan lelaki warga asing dipercayai menjadikan alat boneka seks sebagai pemuas nafsu serakah susulan penemuan pelbagai alat perangsang seks dan anak patung menyerupai wanita dalam serbuan Jabatan Imigresen Terengganu di sebuah rumah kongsi di Kampung Telaga Putat, di sini, kelmarin.

Ketua Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Terengganu Mohd Shahrir Khalil berkata, pelbagai peralatan itu ditemui dalam sebuah kotak yang disembunyikan di salah sebuah bilik dalam serbuan kira-kira jam 2 pagi dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), sekali gus membongkar aktiviti ‘gelap’ penghuni di rumah kongsi berkenaan.

Beliau berkata, hasil siasatan lanjut, seorang daripada penghuni mengakui semua peralatan seks itu miliknya dan turut digunakan rakannya yang lain bagi memuaskan nafsu masing-masing.

“Walaupun warga asing itu mengaku hanya akan mencari peralatan itu bagi memuaskan nafsu dan tidak membabitkan wanita, kita bimbang ia membahayakan anak-anak gadis tempatan di lokasi berhampiran jika dibiarkan berleluasa.

“Jika aktiviti tidak bermoral ini tidak dibendung, ia boleh mendatangkan bahaya kerana lokasi rumah kongsi ini begitu hampir dengan kawasan perkampungan.


Sumber : Harian Metro


Pelakon, pelawak Ahmad Busu meninggal dunia


SHAH ALAM - Pelakon dan pelawak veteran, Ahmad Busu, dilaporkan meninggal dunia petang tadi di Hospital Klang.

Allahyarham yang amat dikenali dengan watak Mat Deris dalam siri komedi Pi Mai Pi Mai Tang Tu memulakan kerjaya seni menerusi pementasan teater pada tahun 1978.

Selain Pi Mai Pi Mai Tang Tu, Allahyarham turut terkenal dalam penampilan sitkom 2+1 dan Camni Camtu.

Antara pencapaian Allahyarham apabila dicalonkan Artis Komedi Lelaki Popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 1999.

Berita kematian beliau mula tersebar di Twitter dan pelakon Sofia Jane antara yang mengucapkan takziah atas pemergian pelakon komedi ini.

Sebelum itu, Pas Selangor turut memaklumkan berita pemergian pelakon komedi veteran ini.

Sumber : Sinar Harian

Sunday, November 10, 2013

Suspek bunuh pegawai bank sembunyi di rumah kosong



Suspek kes rompakan dan bunuh pegawai AmBank Subang Jaya dikawal ketat oleh anggota polis ketika keluar dari Mahkamah Petaling Jaya di sini hari ini selepas ditahan di Kota Tinggi di Petaling Jaya, awal pagi tadi. Dalam kejadian 23 Okt lepas, pegawai AmBank Subang Jaya Norazita Abu Talib, 37, maut ditembak suspek ketika membuka peti besi di dalam bilik kebal bank berkenaan. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Suspek kes bunuh dan rompak pegawai AmBank di Subang Jaya menjadikan bangunan serta rumah kosong sebagai lokasi persembunyian selama 19 hari ketika dalam buruan polis.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata suspek bersembunyi di beberapa buah rumah serta bangunan kosong sekitar Lembah Klang dan Johor.

"Bagaimanapun, suspek dipercayai melarikan diri menggunakan pengangkutan awam seperti bas dan teksi untuk keluar dari Lembah Klang menuju ke Johor sejurus selepas kejadian pada 23 Oktober lepas.

"Ketika berada di sana (Johor), suspek juga cuba mendapatkan bantuan sindiket pemalsuan dokumen pasport bagi melarikan diri ke negara jiran," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Suspek ditahan di Kampung Belungkor, Kota Tinggi, Johor pada kira-kira 7 pagi tadi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, dalam twitter beliau hari ini, memaklumkan bahawa suspek ditahan di Johor serta mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang membantu polis.

Dalam kejadian 23 Oktober lepas, pegawai AmBank Subang Jaya Norazita Abu Talib, 37, maut ditembak suspek ketika membuka peti besi dalam bilik kebal bank berkenaan.

Mangsa, yang berkhidmat selama 16 tahun dengan bank itu, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala setelah ditembak dengan 'pump gun' oleh suspek.

Suspek turut melarikan diri dengan hasil rompakan wang tunai RM450,000.

Sumber : Bernama

Friday, November 8, 2013

Kapak Akhiri Nyawa Pasangan Suami Isteri

ANGGOTA polis mengangkat mayat mangsa untuk dibawa ke hospital bagi bedah siasat. Gambar kecil, Chen (kiri), Chang (kanan).

Penampang: Mayat sepasang suami isteri yang dipercayai dibunuh dengan kejam menggunakan kapak ditemui berlumuran darah dalam bilik tidur di kilang memproses makanan laut di Pusat Perindustrian Oriental, HSK Jalan Bundusan di sini, semalam.

Mayat Chen Ching Woei, 41, ditemui di atas katil dengan kesan luka di kepala manakala isterinya, Chang Ling Ping, 44, ditemui dengan kesan luka di tengkuk dan mulut di atas lantai.

Mayat pasangan berasal dari Kuching, Sarawak itu ditemui oleh penyelia kilang berkenaan yang mahu dikenali sebagai Chang, 37, kira-kira jam 7.30 pagi.

Kedua-dua mangsa dipercayai mati akibat dipukul menggunakan objek keras dan polis turut menemui satu kapak kecil di dalam tong cat di lokasi kejadian.

Kapak itu disyaki senjata digunakan untuk membunuh mangsa namun tiada kehilangan harta benda dikesan, selain tiada juga kesan pecah masuk pada mana-mana bahagian pintu bangunan kilang berkenaan.

Sumber : Harian Metro

Saman isteri kerana lahirkan anak hodoh

Ketiga-tiga anak Feng dikatakan mewarisi genetik bekas isterinya

BEIJING - CHINA . Seorang lelaki di China sanggup menceraikan dan memfailkan saman ke atas isterinya hanya kerana wanita itu melahirkan anak hodoh.

Akhbar tempatan melaporkan, Jian Feng turut mendakwa dia tertipu dengan kecantikan palsu isterinya selepas wanita itu mengaku pernah melakukan pembedahan plastik di Korea Selatan sebelum mereka berkahwin.

Sebelum rahsia itu terbongkar, Feng telah menuduh wanita yang dikahwini atas dasar cinta itu mengadakan hubungan sulit dengan lelaki lain berikutan wajah anak mereka langsung tidak seirasnya atau isterinya.

Bagaimanapun, bekas isteri Feng menafikan dakwaan tersebut kerana dia percaya anak mereka mewarisi genetiknya.

Susulan daripada itu, mahkamah mengarahkan bekas isterinya membayar ganti rugi sebanyak AS$120,000 (RM370,000) kepada Feng, dipetik dari laporan TVOR.

Sumber : Sinar Harian

GEMPAR!!! Mayat 8 Tahun Ditemui Dalam Keadaan Sempurna

WARIS melihat jenazah ahli keluarga mereka dibawa keluar.


SEGAMAT: Sebanyak 16 mayat membabitkan dua janin dan 14 dewasa ditemui dalam keadaan sempurna ketika dipindahkan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu Badak di sini, sejak penggalian dimulakan 6 November lalu.

Mayat dewasa itu ditanam antara lapan hingga belasan tahun lalu dan akan dipindahkan ke lokasi lain bagi memberi laluan kepada projek pelebaran Jalan Segamat-Ledang.

Kesemua mayat berkenaan termasuk kain kafannya ditemui dalam keadaan baik serta bersih.

Antara waris yang terlibat dalam melihat dan memantau proses penggalian dan pengebumian semula ialah Azli.

“Ketika hayatnya, arwah bapa saudara tidak pernah meninggalkan solat dan sentiasa berjemaah di surau atau masjid walaupun dalam keadaan kesihatan tidak mengizinkan." Kata Azli.

“Pernah sekali dia diusung ke masjid untuk solat berjemaah walaupun dinasihatkan supaya hanya untuk bersolat di rumah,” tambahnya lagi.

Kubur berkenaan antara 350 kubur yang akan dipindahkan bagi memberi laluan kepada projek berkenaan.

Seramai 15 penggali kubur terbabit dalam penggalian berkenaan.

PENGGALI kubur menjalankan proses menggali.

Agensi yang terbabit dalam kerja itu termasuk Jabatan Kesihatan Segamat, Jabatan Kerja Raya Segamat serta Pejabat Daerah Segamat.

Kesemua kerja penggalian dijalankan secara insani tanpa penggunaan jentera berat bagi memastikan mayat tidak terjejas. 


Sumber : Harian Metro

ISTERI TERKEJUT SUAMI NIKAH DENGAN JIN

NOREHAN menceritakan masalahnya kepada Nurul Aini di pejabat SukaGuam.

Kuala Lumpur: “Selama lebih 30 tahun bergelar isteri, saya banyak bersabar dengan kerenah suami yang langsung tidak mempedulikan rumah tangga dan kerap menghilangkan diri ke negara jiran.

“Kami seolah-olah terputus hubungan. Dia langsung tidak menelefon apatah lagi pulang menyambut Aidilfitri bersama sejak lima tahun lalu. Tiba-tiba dia pulang dan membuat pengakuan sudah beristerikan jin ketika menuntut ilmu di negara berkenaan,” kata Norehan, 58.

Warga emas itu tampil membuat pendedahan selepas tidak tahan hidup bersama suami yang mengamalkan sihir selain meninggalkannya bersama dua anak menguruskan kehidupan sendiri di tanah air.

Katanya, dia terkejut besar apabila mengetahui suaminya benar-benar menuntut ilmu songsang termasuk mengaku bernikah secara batin dengan jin di luar negara.

“Sejak dia pulang saya sedar perubahannya. Dia kerap berbuat baik dan sering meminta layanan lebih di bilik tidur tidak kira siang mahupun malam.


“Begitupun saya mula mengesyaki perkara menakutkan apabila dilayan kasar setiap kali hubungan seks hingga terpaksa menyerah dalam keadaan menekup muka kerana tidak tahan melihat mukanya,” katanya yang membuat aduan kepada Pengarah Kebangsaan Sukarelawan Peguam Untuk Semua (SukaGuam), Nurul Aini Yausoff di sini, minggu lalu.

Berikutan tidak tahan diperlakukan begitu, Norehan nekad meminta penjelasan sebelum rahsia suaminya terbongkar satu demi satu.

“Saya bukan saja dipukul, malah suami sanggup mengherdik saya di depan anak-anak hanya kerana perkara kecil termasuk ketika saya menyuruhnya bersolat dan puasa.

“Sedangkan sebelum ke negara jiran, dia boleh dibawa berbincang, bertolak ansur serta rapat dengan anak-anak,” katanya.

Norehan berkata, akibat terlalu taasub dengan ilmu songsang dituntut, suaminya bertukar menjadi aneh.

“Sejak menuntut ilmu pelik, dia selalu bercakap seorang diri dan merayu untuk bersama setiap hari. Paling menakutkan ada ketikanya dia merenung saya dengan mata kemerahan serta mengikut gerak geri saya tanpa jemu.

“Saya menjadi tambah bingung selepas kerap terjumpa barangan pelik seperti kain kuning dan botol dalam beg sandang suami. Anak-anak pula tunduk pada setiap kemahuannya,” katanya.

Selain itu, Norehan berkata, suaminya juga tidak betah di rumah dan hanya mampu bertahan kira-kira tiga jam sehari sebelum menghilang ke kedai kopi dan berbual panjang hingga ke awal pagi.

“Saya hanya bimbangkan dia. Kami bukannya muda lagi dan saya tidak mahu dia berterusan begitu selepas kami berpisah nanti,” katanya yang memohon khidmat nasihat untuk menuntut fasakh.

Sementara itu, Nurul Aini berkata, semakan pihaknya mendapati, Norehan sudah beberapa kali hadir di mahkamah, tetapi kes berkenaan tidak dapat diselesaikan kerana dia tidak diwakili peguam.

Sumber: MyMetro