Lelaki berusia lingkungan 60-an itu dikatakan bijak memanipulasikan setiap pesakit terutamanya wanita yang kebanyakannya putus cinta dengan mengambil kesempatan ‘meneroka’ setiap inci tubuh mereka sebagai syarat rawatan.
Antara rawatan jijik digunakan bomoh terbabit adalah seperti menghisap kemaluan pesakit kononnya untuk membuang sial dan darah kotor yang didakwanya menjadi punca segala masalah yang membelenggu mangsa.
Mendedahkan perbuatan keji bomoh terbabit, seorang pelajar perempuan institut pengajian tinggi (IPT) di ibu kota berusia 23 yang hanya mahu dikenali sebagai Mira berkata, dia nyaris menjadi mangsa kerakusan seks lelaki terbabit ketika mendapatkan rawatan berhubung masalah cinta dihadapinya hujung tahun lalu.
“Hubungan cinta saya dan teman lelaki agak goyah ketika itu dan membuatkan hidup menjadi kacau bilau sebelum seorang rakan baik menegur kerana melihat keadaan saya yang agak murung.
“Dia kemudian memberitahu masalah yang dihadapi saya itu adalah satu perkara kecil kerana mendakwa boleh membantu, tapi dengan syarat saya mesti bersetuju untuk melakukan apa saja sekiranya ingin masalah ini selesai.” katanya.
Menurutnya, dia kemudian diperkenalkan rakan kepada bomoh terbabit dan rakannya itu mendakwa mereka sekeluarga memang sudah lama menggunakan khidmat bomoh itu jika mempunyai sebarang masalah sama ada diganggu makhluk halus atau apa saja.
“Ibu bapa rakan saya adalah ahli perniagaan dan mereka kerap berjumpa bomoh terbabit untuk tujuan mendapatkan pelaris, malah rakan yang pernah mengalami masalah cinta turut berjumpa dengan bomoh terbabit.
“Dia mendakwa bomoh itu menggunakan rawatan agak pelik namun hasil yang diperoleh pasti akan memuaskan hati dan teman lelakinya sehingga kini tidak pernah beralih cinta kepada orang lain,” katanya.
Mira berkata, selepas berfikir dan yakin dengan kata-kata rakan itu dia mengambil keputusan untuk mendapatkan rawatan dengan bomoh terbabit di kediaman lelaki itu di pinggir ibu kota.
Katanya, semua bermula dengan baik dan dia yakin dengan kemampuan bomoh itu yang hanya menjalankan rawatan menggunakan air selain beberapa keping syiling perak.
“Saya kemudian dibekalkan dengan sebotol air jampi dan diminta berpantang tiga hari dengan tidak menghubungi atau menjawab panggilan daripada teman lelaki saya,” katanya.
Menurutnya, selepas seminggu masih tiada tanda positif dan dia bertindak menemui bomoh itu untuk mendapatkan rawatan kedua dan diminta membayar RM210 selain harus ‘dimandikan’ bagi membuang sisa darah kotor daripada badannya.
“Dengan hanya berkemban, saya dimandikan selama dua jam dan sepanjang upacara ‘buang sial’ itu, bomoh itu membaca jampi sambil menggosok seluruh badan serta melakukan urutan pada bahagian-bahagian tertentu seperti pangkal dada, bahagian bawah pinggang dan paha.
“Ketika itu, banyak darah yang keluar dari badan dan saya mula yakin itu darah kotor yang menyebabkan hubungan dengan teman lelaki saya bermasalah. Walaupun ada ketika diraba, saya diamkan saja kerana bimbang rawatan terganggu,” katanya.
Selesai rawatan berkenaan, dia mendapati tiada sebarang perubahan berlaku malah teman lelakinya juga tidak menunjukkan sebarang reaksi menyebabkan dia bertemu bomoh itu untuk mendapatkan rawatan ketiga.
“Pada masa inilah saya diminta mendapatkan rawatan ‘istimewa’ iaitu dengan cara menyedut darah kotor dari kemaluan sekiranya ingin teman lelaki kembali.
“Mendengarkan syarat berkenaan, saya memutuskan untuk bersabar dan menunggu hasil rawatannya sebelum ini kerana tidak sanggup untuk membenarkannya berbuat demikian,” katanya.
Tidak sampai sejam, dia kemudiannya mendapat SMS yang memintanya datang ke rumah bomoh itu untuk memasukkan ‘barang’ nya ke dalam kemaluan bagi memudahkan darah kotor keluar dari badan.
“Sepanjang mendapatkan rawatan itu, bomoh itu ada mengeluarkan kata-kata yang berbaur lucah, tapi saya tidak hiraukan kerana menganggap ia hanya gurauan dari orang tua, namum SMS yang dihantar membuat saya berasa takut,” katanya.
No comments:
Post a Comment