Tuesday, November 26, 2013

Doktor gigi bersalah sembelih anak, pembantu

Ghaziabad (India): Sepasang suami isteri semalam didapati bersalah menyembelih anak perempuan mereka dan seorang pembantu selepas kes itu dibicarakan sejak lima tahun lalu.

Rajesh dan Nupur Talwar disabitkan kesalahan membunuh Aarushi, 14, dan seorang pekerja warga Nepal, Hemraj Banjade, dengan menyembelih mangsa menggunakan pisau pembedahan gigi di rumah mereka di New Delhi pada 2008.

Mayat Aarushi ditemui polis di atas katilnya dengan leher mangsa terpotong pada Mei tahun berkenaan.

Awalnya polis mengesyaki pembunuhan itu dilakukan Hemraj tetapi siasatan bertukar arah selepas pihak berkuasa menemui mayat reput lelaki terbabit disembunyikan di bumbung sehari kemudian.

Penyiasat mendakwa Aarushi dibunuh ibu bapanya kerana tertuduh menemui mangsa dalam situasi “tidak boleh diterima” tetapi pasangan terbabit mendakwa mereka menjadi mangsa kegagalan siasatan polis selama bertahun-tahun.

Pendakwa R K Saini berkata, tertuduh didapati bersalah dan memusnahkan bahan bukti.

Sumber : AFP

No comments:

Post a Comment