Rome: Polis Itali semalam melaporkan seorang anggota Mafia mati dimakan hidup-hidup selepas dia dicampak ke dalam kandang haiwan itu oleh anggota kumpulan samseng lawan.
Francesco Raccosta dibelasah menggunakan besi sebelum dicampak ke dalam kandang yang dipenuhi sekumpulan babi lapar lalu dimakan haiwan itu.
Menurut polis, kematian Raccosta itu keganasan terbaru dalam perang di antara anggota kumpulan penjenayah yang berlarutan sejak 60 tahun lalu.
Kejadian dipercayai dilakukan Simone Pepe, anggota keluarga Mafia ‘Ndrangheta yang berkuasa di daerah Calabria, selatan Itali.
Polis juga semalam mendedahkan rakaman perbualan telefon mengandungi perbualan Pepe mengenai Raccosta: “Puas hati mendengar jeritannya...kuat betul dia menjerit. Kata orang khinzir kadangkala meninggalkan sisa makanan, tetapi kali ini memang licin.”
Menurut polis, Raccosta erayu supaya Pepe melepaskannya namun tidak diendahkan.
Pepe juga dipercayai dalang di sebalik sekurang-kurangnya tiga lagi pembunuhan dalam tempoh 24 jam kematian Raccosta itu.
Raccosta dilaporkan hilang pada Mac 2012 bersama rakannya Carmine Putrino yang dipercayai mati dimakan babi kerana mayatnya tidak pernah ditemui.
Pepe mengakui pembabitannya kepada polis dan mendakwa ia untuk membalas dendam atas pembunuhan ketuanya Domenico Bonarrigo.
Jurucakap polis berkata, pertelingkahan antara kumpulan itu bermula sejak 1950-an dan meragut banyak nyawa termasuk seorang budak perempuan berusia sembilan tahun yang mati ditembak ketika berada dalam kereta datuknya. - Agensi
Sumber : Harian Metro
TONTON VIDEO EKSLUSIF PENEMUAN POLIS DI BAWAH INI
No comments:
Post a Comment